Ditulis oleh Ts Dr Suhailah Mohamed Noor | Founder Prompt Academy
Diterbitkan pada 14 Jun 2025

Ada banyak cara nak berinteraksi dengan AI, tapi bila saya duduk dan fikir balik — sebenarnya, sepanjang saya menulis, menyemak, dan membimbing peserta bengkel, saya paling banyak gunakan 7 teknik prompting. Bukan sebab tak ada teknik lain, tapi 7 teknik ni yang paling kerap muncul secara semula jadi dalam rutin saya.
Saya mulakan dengan teknik asas dulu. Ini ialah cara paling awal dan paling ringkas kita boleh beri arahan kepada AI — sesuai untuk semua orang, sama ada baru belajar atau dah biasa guna AI. Walaupun nampak mudah, teknik asas inilah yang menjadi tapak kepada semua teknik lanjutan yang saya gunakan hari ini.
🧩 Teknik Asas: Tempat Semua Orang Mula
| Nama Teknik | Kategori | Fungsi Utama | Contoh Prompt Ringkas |
|---|---|---|---|
| Zero-Shot | Teknik Asas | Beri arahan terus tanpa sebarang contoh | “Tulis esei pasal AI-aware assessment” |
| One-Shot | Teknik Asas | Beri satu contoh sebagai rujukan untuk AI hasilkan gaya serupa | “Tulis ayat macam ni… boleh hasilkan satu lagi?” |
| Few-Shot | Teknik Asas | Beri dua atau lebih contoh supaya AI faham corak/gaya penulisan | “Berikut 3 contoh gaya saya — buat satu lagi ikut pattern ini” |
Teknik-teknik asas ni mungkin nampak mudah, tapi inilah titik mula yang membentuk cara kita berinteraksi dengan AI. Bila dah selesa dengan teknik ini, barulah saya mula perasan — rupanya, AI boleh bantu lebih jauh kalau kita tahu cara tanya yang lebih strategik. Di sinilah munculnya teknik lanjutan.
🎯 Teknik Lanjutan: Bila Kita Dah Mula Fikir Lebih Jauh
Bila kita dah selesa dengan teknik asas, kita akan mula rasa AI boleh bantu lebih daripada sekadar jawab soalan. Masa ni lah saya mula guna teknik lanjutan — bukan lagi sekadar tanya, tapi mula bentuk cara AI fikir, susun idea, dan bina struktur penulisan secara reflektif.
📘 Bila Guna Teknik Ni?
Setiap teknik yang saya gunakan sebenarnya bergantung pada niat saya guna AI waktu tu. Kadang saya hanya nak berbual dan brainstorm — itu saya panggil Chat Mode. Tapi bila saya nak AI bantu saya menulis bab demi bab dengan struktur penuh, saya beralih ke Chapter Mode.
💬 Chat Mode
Gaya berbual. Saya guna untuk semak ayat, refine gaya, brainstorm. Teknik yang selalu saya guna: Role, Purpose, CoT, Prompt Chaining (kecil)
Saya percaya, Chat Mode adalah gaya interaksi paling natural dengan AI — kita tanya satu-satu, macam berbual dengan pembantu peribadi. Dalam mode ini, semua teknik asas boleh digunakan, dan teknik lanjutan akan muncul secara semula jadi bila kita mula refine, tanya semula, dan cabar jawapan AI. Berikut ialah senarai teknik yang saya selalu guna dalam Chat Mode:
🟢 Chat Mode: Teknik Prompting dari Asas hingga Lanjutan
| Nama Teknik | Kategori | Fungsi Utama dalam Chat Mode | Contoh Prompt Ringkas |
|---|---|---|---|
| Zero Shot | Teknik Asas | Beri arahan langsung tanpa contoh | “Apa itu AI-aware assessment?” |
| One Shot | Teknik Asas | Beri satu contoh untuk dijadikan rujukan | “Tulis ayat macam contoh ni: [contoh]” |
| Few Shot | Teknik Asas | Beri dua atau lebih contoh supaya AI tiru gaya/struktur | “Guna gaya seperti 3 contoh ini, buat satu lagi…” |
| Role Prompting | Teknik Lanjutan | Tukar peranan AI untuk beri respon lebih fokus | “Sebagai pensyarah, apa cadangan anda untuk pelajar ini?” |
| Purpose Prompting | Teknik Lanjutan | Nyatakan niat/tujuan kita untuk dapat respon lebih tepat | “Saya nak guna jawapan ini dalam bengkel — boleh ringkaskan dengan nada mesra?” |
| Chain of Thought (CoT) | Teknik Lanjutan | Minta AI jawab atau huraikan langkah demi langkah | “Terangkan satu per satu kenapa pendekatan ini sesuai” |
| Prompt Chaining | Teknik Lanjutan | Sambung soalan secara berperingkat untuk bangunkan idea bertahap | “Ayat ni dah ok. Sekarang, bantu tambah versi lebih panjang untuk blog post” |
Gaya Chat Mode sesuai untuk sesi cepat, ringkas dan fleksibel — sangat membantu masa saya nak explore idea, refine hujah, atau dapatkan respon segera. Tapi bila saya nak hasilkan sesuatu yang lengkap dan serius, saya tukar gear ke Chapter Mode.
📖 Chapter Mode
Gaya menulis terancang. Untuk artikel, bab buku, laporan. Teknik yang wajib: Role, Purpose, CoT, Prompt Chaining.
Bila saya berpindah ke Chapter Mode, fokus saya berubah: saya nak hasil akhir yang lebih serius dan berstruktur. Ini bukan lagi perbualan santai — ini gaya menulis yang perlukan strategi. Di sinilah teknik lanjutan seperti Purpose Prompting dan Prompt Chaining jadi sangat penting. Ini senarai teknik yang paling banyak membantu saya semasa membina penulisan akademik:
📘 Chapter Mode: Teknik Prompting dari Asas hingga Lanjutan
| Nama Teknik | Kategori | Fungsi Utama dalam Chapter Mode | Contoh Prompt Ringkas |
|---|---|---|---|
| Zero Shot | Teknik Asas | Terus arah AI tulis bahagian penulisan tanpa contoh | “Tulis pendahuluan tentang AI-aware assessment dalam 150 patah perkataan” |
| One Shot | Teknik Asas | Beri satu contoh sebagai rujukan gaya/struktur | “Tulis bahagian 1 seperti contoh perenggan ini” |
| Few Shot | Teknik Asas | Beri beberapa contoh untuk hasilkan gaya penulisan yang konsisten | “Berikut 3 perenggan contoh, tulis bahagian baru ikut gaya ini” |
| Role Prompting | Teknik Lanjutan | Tetapkan peranan AI semasa membina penulisan untuk kawal nada dan gaya | “Sebagai penulis jurnal Q1, tulis bahagian 2 yang lebih analitik” |
| Purpose Prompting | Teknik Lanjutan | Nyatakan matlamat akhir atau sasaran penulisan supaya hasil lebih relevan | “Saya nak hasilkan artikel untuk jurnal pendidikan, bantu saya bina struktur penuh” |
| Chain of Thought (CoT) | Teknik Lanjutan | Bina penjelasan secara langkah demi langkah dalam sesuatu bahagian | “Tulis perenggan ini dengan hujahan bertahap: mula dengan definisi, kemudian isu, kemudian contoh” |
| Prompt Chaining | Teknik Lanjutan | Sambung arahan secara tersusun untuk hasilkan draf lengkap atau struktur besar | “Kita dah ada outline. Sekarang tulis bahagian 1.1, nanti kita sambung 1.2 dan 1.3” |
Chapter Mode ni memang tempat saya “menghidupkan” tulisan. Dengan AI sebagai pembantu yang saya bimbing, saya boleh hasilkan penulisan yang bukan sekadar lengkap, tapi juga punya nada, hujah, dan arah yang saya tentukan sendiri.
Nota: Semua teknik ini bukan untuk dihafal, tapi untuk difahami dan dilatih secara reflektif. Bila kita tahu bila nak guna, AI jadi benar-benar berguna — bukan sekadar mesin jawab soalan.
💡 Kesimpulan Saya?
Jangan risau tentang nama teknik. Fokus pada cara fikir. Bila kita jelas siapa kita, apa kita nak, dan bagaimana kita nak AI bantu — teknik tu akan muncul sendiri.
7 teknik ni cukup untuk bina asas yang kuat. Nak melangkah lebih jauh nanti? Boleh. Tapi mula dulu dengan memahami seni bertanya.