Refleksi Webinar | AI-Proof vs AI-Aware: Tak Perlu Sekat 100% — Berilah Pelajar Ruang untuk Berfikir

Oleh Ts Dr Suhailah Mohamed Noor | Founder, Prompt Academy
Ditulis pada: 20 Jun 2025

Malam tadi, saya dijemput untuk buat ‘sharing session’ untuk satu sesi webinar anjuran EduCrafters Malaysia, berkisar tentang dua pendekatan penilaian yang kini menjadi isu hangat: AI-Proof vs AI-Aware.

Dan saya nak tulis secara jujur di sini…
Kenapa ramai pendidik terlalu takut dengan AI, sampai nak sekat penggunaannya 100%?

💭 Realitinya, Take-Home Assignment tu Cuma Sebahagian Kecil Sahaja

Kalau kita lihat struktur penilaian di kebanyakan program universiti:

  • Final exam, test, quiz – semua masih berlangsung secara bersemuka (F2F).
  • Formatnya pun biasanya closed-form, objektif, fakta, hafalan – memang jenis AI-Proof.

Take-home assessment pula? Dalam banyak kes, ia cuma 10% – 30% sahaja. Dalam kursus saya sendiri (Kejuruteraan), hanya 10% markah diperuntukkan untuk tugasan take-home. Malah, saya tahu ramai kursus lain pun lebih kurang begitu – maximum pun jarang melebihi 50%.

🤔 Jadi, Kenapa Perlu Sekat Sampai 100%?

Ini yang saya tak faham…

Kenapa kita takut sangat pelajar guna AI dalam ruang yang kecil ini?
Kenapa kita terus nak haramkan, sekat, dan potong semua potensi kreatif, semata-mata takut pelajar copy paste?

Sampai kita terlupa satu perkara penting:
📌 AI bukan ancaman. Yang kita perlu risau ialah bila pelajar tak berfikir langsung.

🧠 Tugasan AI-Aware = Ruang untuk Kreativiti dan Refleksi

Saya bukan suruh biar pelajar salin AI sesuka hati. Tapi kita boleh reka tugasan dengan bijak:

  • Gunakan AI → tapis maklumat
  • Bandingkan dengan realiti tempatan
  • Tambah refleksi peribadi
  • Tunjukkan logik pemikiran

Itu barulah proses belajar sebenar.

💬 Kesimpulan: Jangan Tutup Semua Pintu

Kita selalu kata nak hasilkan pelajar berfikir aras tinggi, kreatif, boleh adaptasi di masa depan.

Tapi kalau setiap ruang idea dan ekspresi mereka kita sekat — bila masa mereka nak belajar semua tu?

Bukan sekat AI — tapi hidupkan akal.
Bukan haramkan teknologi — tapi bimbing cara guna secara bertanggungjawab.

Itulah falsafah di sebalik penilaian AI-Aware.


Webinar ini adalah sebahagian daripada usaha kami di Prompt Academy untuk membantu para pendidik membina semula keyakinan dalam dunia AI, tanpa meninggalkan nilai kemanusiaan dalam pembelajaran.

🌐 www.promptacademy.com.my

#AIaware #PromptAcademy #BukanSekatTapiBimbing 📘 Share on Facebook🐦 Share on Twitter

Scroll to Top