Ditulis oleh Ts Dr Suhailah Mohamed Noor | Founder, Prompt Academy
Diterbitkan pada: 9 Jun 2025

Saya selalu terfikir — salahkah jika ayat dalam tugasan pelajar itu cantik? Tersusun? Nampak seperti ayat AI?
Bagi saya, itu bukan masalah — asalkan idea itu datang daripada pelajar sendiri. Kalau pelajar berfikir, menyusun hujah, dan menggunakan AI sekadar untuk memperkemas gaya bahasa dan struktur — saya tak nampak di mana salahnya.
AI hanyalah alat, sama seperti perisian ETABS atau SAP2000 dalam kejuruteraan. Kita tak persoalkan ketepatan output selagi inputnya datang dari pengetahuan dan pertimbangan manusia.
Jangan Ubah Ayat. Ubah Cara Fikir.
Saya lihat terlalu banyak ‘tips’ hari ini yang ajar pelajar cara ‘modifikasi ayat AI’ supaya tak dikesan:
- Ubah satu dua perkataan.
- Tambah ayat sendiri sikit.
- Guna sinonim atau paraphrasing tools.
Niatnya bukan untuk belajar, tapi untuk lepas dari detector. Inilah yang saya panggil sebagai bentuk penipuan halus. Kita sedang ajar pelajar ‘elak dari dikesan’, bukannya ‘berfikir dan bertanggungjawab’.
Masalah bukan pada ayat yang nampak AI. Masalah sebenar ialah apabila pelajar tidak melalui proses berfikir langsung.
Bila Pensyarah Serius, Pelajar Fikir Dua Kali
Di sinilah datangnya peranan pensyarah. Saya percaya — apabila kita beri soalan alternative assessment yang secara terang-terangan minta pelajar guna AI secara sah dan etika, serta minta pelajar submit process log atau bukti interaksi dengan AI — pelajar akan sedar:
“Pensyarah saya tahu tentang AI. Dia bukan main-main. Saya tak boleh tipu.”
Itu kuasa psikologi. Rasa hormat. Rasa bertanggungjawab. Kita tak perlu ugut dengan AI detector — kita hanya perlu tunjuk bahawa kita faham dunia mereka.
Penutup
Saya tak pernah percaya bahawa ‘menyorok guna AI’ adalah jawapan. Saya percaya pada pendidikan yang membina fikiran. Dan untuk itu, kita tak perlu larang AI — kita hanya perlu ajar bagaimana menggunakan AI dengan beretika.
— Ts Dr Suhailah Mohamed Noor
Bacaan Lanjut: Pandangan Sehaluan tentang Penggunaan AI secara Etika
Berikut ialah empat artikel dan blog dari pendidik serta pakar yang menyokong pendekatan AI-aware seperti yang dibincangkan dalam refleksi ini:
- Ethical Considerations For AI Use In Education
Enrollify
Menyoroti pentingnya ketelusan, integriti dan pembinaan sistem yang menilai pemikiran pelajar — bukan hanya hasil akhir. - Etika Penggunaan AI untuk Pembelajaran di Sekolah
Kuanta.id
Membincangkan keperluan garis panduan etika dalam pembelajaran menggunakan AI serta tanggungjawab guru. - Ethical Considerations in Using AI as a Teaching and Learning Tool
University of Northern Colorado
Menekankan bahawa AI harus digunakan dengan teliti dan penuh tanggungjawab, memberi fokus kepada keadilan, akses saksama, dan integriti pembelajaran. - Artificial Intelligence (AI): Etika dan Implementasinya dalam Pendidikan
Refo Indonesia
Menyeru supaya guru dan pensyarah membina strategi pedagogi yang mengintegrasi AI secara bijak, bukan melarang membuta tuli.