Bukan AI Yang Jawab, Tapi Aisyah Yang Berfikir

Ditulis oleh Ts Dr Suhailah Mohamed Noor | Founder Prompt Academy
Tarikh ditulis: 28 Jun 2025

“Aisyah buat sendiri.”
Ayat paling ringkas, tapi paling menyentuh hati saya.

Beberapa hari lalu, saya uji satu eksperimen kecil bersama Aisyah — anak saya yang baru berumur 9 tahun. Saya gunakan satu Custom GEMS yang saya cipta sendiri melalui platform Gemini, saya namakan dia AI Reflection Buddy.

Saya tak cipta GEMS ini untuk Aisyah semata-mata. Saya bangunkan ia untuk menyokong AI-aware learning — satu pendekatan yang saya perjuangkan di Prompt Academy. Saya dah cuba dengan pelbagai pelajar, topik dan tahap umur. Tapi hari itu, saya nak tahu: bolehkah AI ini bantu anak kecil saya belajar dan berfikir — bukan sekadar menjawab?

Aisyah mulakan dengan mesej ringkas:

“Saya Aisyah, umur 9 tahun. Aisyah nak minta akak ajar Aisyah untuk jadi pandai matematik.”

Dan AI Reflection Buddy membalas:

“Hai Aisyah! Akak gembira sangat Aisyah nak jadi pandai matematik. Itu semangat yang bagus! Jadi, untuk jadi pandai matematik ni, kita kena faham betul-betul apa yang kita belajar, bukan cuma hafal…”

Kemudian AI berikan tips satu per satu — bukan jawapan, tapi kaedah belajar:

  • Faham konsep, bukan hafal je
  • Latihan, latihan, latihan
  • Jangan takut buat silap
  • Belajar sambil main
  • Tanya bila tak faham

Dan akhirnya… AI tak terus beritahu jawapan. Sebaliknya AI cipta ruang untuk Aisyah fikir:

“Bayangkan Aisyah ada 10 biji guli. Aisyah nak agihkan sama rata kepada 2 orang kawan. Agak-agak, setiap kawan dapat berapa biji guli ya?”

Aisyah pun menjawab:

“Lima sorang kawan, lima lagi dekat seorang kawan pula.”

Dan kemudian…

“Aisyah buat sendiri.”


Waktu itu, saya terdiam…
Bukan kerana tak tahu nak kata apa,
tapi kerana hati saya tersentuh.

Tersentuh melihat Aisyah — anak saya sendiri —
bukan sekadar menjawab,
tetapi sedang membina kefahaman dengan cara berfikirnya sendiri.

Dengan bantuan AI yang tidak terburu-buru memberi jawapan,
sebaliknya sabar memimpin proses fikir —
menghormati cara belajar seorang anak.

Cara AI bertindak, bergantung kepada bagaimana kita mendidiknya.
Kalau niat kita nak tiru, AI akan bantu kita meniru.
Tapi kalau niat kita nak belajar,
AI akan bantu kita belajar dan berfikir.

AI bukan musuh, dan bukan juga guru mutlak.
Tapi bila manusia memimpin proses,
AI jadi teman belajar yang sangat bijak dan menyantuni.


🌀 Di Prompt Academy, inilah pendekatan yang saya perjuangkan —
AI-aware learning.
Bukan “jangan guna AI,”
tetapi ajar AI supaya bantu kita belajar.

Dan hari itu, bukan pelajar universiti yang jadi bukti.
Tapi anak saya sendiri — Aisyah.
Dan saya sedar, AI bukan hanya bantu saya sebagai pensyarah.
AI bantu saya sebagai ibu.

#AIaware #PromptAcademy #GEMS #AIReflectionBuddy
#AisyahBuatSendiri #NotJustAnswers #HumanInTheLoop

Scroll to Top