Prompt Academy · Learn AI
Kembali ke Learn AIPrompt bukan ayat ajaib.
Soalan, arahan, penerangan, pembetulan, dokumen, imej dan perbualan semuanya boleh menjadi prompt. Prompt tidak perlu panjang atau menggunakan formula tertentu. Yang penting ialah AI memahami apa yang kita mahu.
Salah faham tentang maksud prompt
Ramai pengguna menyangka sesuatu ayat hanya dianggap sebagai prompt apabila ia panjang, tersusun atau menggunakan template tertentu. Sebenarnya pemahaman itu terlalu sempit.
Prompt telah disalahertikan sebagai satu ayat khas
Di media sosial perkataan prompt sering digunakan untuk merujuk kepada ayat panjang yang lengkap dengan peranan, format, nada dan pelbagai syarat.
Lama-kelamaan timbul tanggapan bahawa arahan biasa bukan prompt. Soalan ringkas juga dianggap bukan prompt kerana tidak mengikut formula tertentu.
Hakikatnya semua input ialah prompt. Yang berbeza hanyalah tahap kejelasan, perincian dan kesesuaiannya dengan tugasan.
“Prompt mesti panjang”
Yang sebenarnya: Prompt boleh sangat ringkas. Panjang bukan ukuran utama. Kejelasan lebih penting.
“Prompt mesti menggunakan template”
Yang sebenarnya: Template membantu menyusun maklumat tetapi bukan syarat untuk sesuatu input dianggap prompt.
“Soalan biasa bukan prompt”
Yang sebenarnya: Setiap soalan yang dimasukkan kepada AI ialah prompt kerana ia menjadi input kepada model.
“Tidak guna formula bermaksud tidak guna prompt”
Yang sebenarnya: Selagi ada input yang diberikan kepada AI prompt tetap wujud. Formula hanya membantu meningkatkan kejelasan.
Jadi apakah sebenarnya prompt?
Prompt ialah input yang diberikan kepada sistem AI supaya AI tahu apa yang perlu diproses atau dilakukan. Input tidak terhad kepada arahan bertulis sahaja.
Prompt ialah input
Apa sahaja yang dimasukkan ke dalam AI untuk mendapatkan respons dianggap sebagai prompt. Ini termasuk teks, imej, fail, data dan konteks perbualan.
Prompt ialah komunikasi
Prompt menjadi medium yang menghubungkan kehendak manusia dengan keupayaan mesin. AI hanya boleh bertindak berdasarkan input yang diterimanya.
Prompt tidak semestinya sempurna
Prompt pertama boleh menjadi permulaan. Pengguna boleh menambah konteks, membetulkan kefahaman dan memperhalusi hasil melalui perbualan.
Semua input ialah prompt
Prompt bukan hanya arahan formal. Setiap maklumat yang diberikan kepada AI mempengaruhi cara AI memahami tugasan dan membina respons.
Soalan
“Apakah perbezaan antara AI generatif dengan enjin carian?”
Arahan
“Ringkaskan laporan ini kepada lima perkara utama.”
Penerangan
“Audiens pembentangan ini ialah pihak pengurusan kanan.”
Pembetulan
“Nada ini terlalu santai. Gunakan Bahasa Melayu formal.”
Contoh
“Gunakan susunan seperti contoh laporan yang saya berikan.”
Fail atau imej
Dokumen, jadual, data, gambar dan fail yang dimuat naik juga menjadi prompt.
AI tidak boleh membaca fikiran kita
AI hanya mengetahui perkara yang kita berikan kepadanya. Jika tujuan atau maklumat penting tidak dinyatakan AI mungkin membuat andaian yang berbeza daripada apa yang kita maksudkan.
Bagaimana komunikasi dengan AI berlaku?
1. Manusia mempunyai tujuan atau tugasan.
2. Tujuan disampaikan melalui prompt.
3. AI menghasilkan respons berdasarkan input yang diterima.
4. Manusia menyemak kemudian menambah maklumat atau membetulkan arahan jika perlu.
Prompt ringkas dan prompt terperinci tetap prompt
Perbezaannya bukan pada kewujudan prompt. Perbezaannya ialah jumlah maklumat yang diberikan dan sejauh mana AI perlu membuat andaian.
Sesuai apabila tugasan mudah
Ini tetap prompt walaupun hanya satu ayat. AI akan menjawab berdasarkan pengetahuan umum kerana konteks yang diberikan masih terhad.
Sesuai apabila hasil mempunyai keperluan tertentu
Prompt ini memberikan lebih banyak konteks tentang audiens, bahasa, format dan batasan jawapan.
Prompt yang baik bermula dengan pemahaman
Sebelum menulis prompt fahami dahulu tugasan dan hasil yang ingin dicapai. Apabila tujuan jelas lebih mudah untuk memberikan konteks yang membantu AI.
Konteks membantu AI mengurangkan andaian
Konteks ialah maklumat yang membantu AI memahami situasi seperti audiens, tujuan, latar belakang atau bentuk hasil yang diperlukan.
Tidak semua tugasan memerlukan konteks yang panjang. Berikan maklumat yang benar-benar relevan sahaja.
Apakah tugasan?
Nyatakan perkara yang perlu diterangkan, ditulis, dianalisis atau dihasilkan.
Siapakah audiens?
Hasil untuk murid sekolah berbeza daripada hasil untuk pihak pengurusan.
Apakah tujuan?
Jelaskan mengapa hasil itu diperlukan supaya AI memahami arah tugasan.
Apakah bentuk hasil?
Nyatakan jika hasil perlu berbentuk e-mel, laporan, jadual, poster atau slaid.
Jika jawapan belum tepat jangan berhenti pada prompt pertama
Tambah maklumat, betulkan kefahaman atau jelaskan semula kehendak anda. Setiap input baharu membantu membina konteks untuk respons seterusnya.
Bina konteks sedikit demi sedikit
Anda tidak perlu memasukkan semua maklumat dalam satu prompt yang panjang. Mulakan dengan apa yang diketahui kemudian tambah konteks apabila diperlukan.
Nyatakan tugasan awal
“Saya perlu menyediakan laporan aktiviti.”
Minta AI mengenal pasti konteks
Minta AI bertanya tentang objektif, tarikh, peserta, aktiviti dan hasil.
Jawab satu soalan pada satu masa
Setiap jawapan menjadi input baharu dalam perbualan.
Semak pemahaman AI
Minta AI merumuskan maklumat sebelum output akhir dihasilkan.
Tujuh teknik prompting
Selepas memahami asas anda boleh menggunakan beberapa teknik untuk menyusun prompt dengan lebih jelas mengikut keperluan tugasan.
Zero-shot Prompting
Memberikan arahan terus tanpa menyediakan contoh.
One-shot Prompting
Memberikan satu contoh supaya AI melihat bentuk output yang dikehendaki.
Few-shot Prompting
Memberikan beberapa contoh supaya pola dapat dikenal pasti dengan lebih konsisten.
Role Prompting
Memberikan peranan atau perspektif tertentu kepada AI.
Purpose Prompting
Menjelaskan tujuan sebenar tugasan dan hasil yang hendak dicapai.
Chain-of-Thought Prompting
Membimbing AI mempertimbangkan faktor atau urutan yang relevan.
Prompt Chaining
Memecahkan tugasan kompleks kepada beberapa prompt yang saling berkaitan.
Prompt permulaan untuk tugasan biasa
Gunakan contoh ini sebagai titik mula. Ubah suai maklumat mengikut tugasan anda dan teruskan perbualan jika respons pertama belum mencukupi.
Fahami sesuatu konsep
Bina dokumen melalui perbualan
Semak draf tanpa menukar maksud
Bina brief sebelum menghasilkan visual
Ringkasan Asas Prompt
Gunakan bahagian ini sebagai rujukan pantas sebelum memulakan tugasan dengan AI.
Sambung pembelajaran anda
Selepas memahami maksud prompt pelajari pula asas AI dan cara menyemak output dengan lebih bertanggungjawab.
Halaman ini membina kefahaman asas
Untuk penerangan lebih mendalam, contoh tambahan dan huraian lengkap tentang tujuh teknik prompting pembaca boleh merujuk buku Kuasai Prompt dan Bijak Kuasai Prompt terbitan ILMU.