Artificial Intelligence bermula dengan memahami asasnya
Memahami apakah itu Artificial Intelligence, bagaimana AI generatif menghasilkan respons serta perkara yang perlu diketahui sebelum menggunakan AI dalam pembelajaran, pekerjaan dan kehidupan harian.
AI semakin dekat dengan kehidupan harian
AI mungkin kelihatan seperti teknologi yang baharu. Namun banyak bentuk AI telah lama digunakan dalam telefon, sistem navigasi, perbankan, pembelian dalam talian dan pelbagai perkhidmatan digital.
Perubahan yang lebih ketara berlaku apabila AI generatif mula membolehkan pengguna biasa menghasilkan teks, imej, audio, video, kod dan pelbagai bentuk kandungan melalui bahasa semula jadi.
Disebabkan AI semakin mudah digunakan ramai orang terus mencuba tanpa memahami cara teknologi ini berfungsi. Halaman ini membantu membina pemahaman asas supaya penggunaan AI tidak sekadar bergantung kepada percubaan atau jawapan pantas.
Apa itu Artificial Intelligence?
Artificial Intelligence atau AI ialah teknologi yang membolehkan komputer melaksanakan tugasan yang biasanya memerlukan kebolehan manusia seperti mengenal pasti pola, membuat ramalan, memahami bahasa dan menghasilkan respons.
AI membantu mesin melaksanakan tugasan dengan lebih pintar.
AI menggunakan data, pola dan arahan untuk menghasilkan keputusan atau respons. Ia tidak berfikir seperti manusia tetapi boleh meniru sebahagian kebolehan manusia dalam tugasan tertentu.
Mengenal pasti pola
AI mengesan hubungan dan persamaan dalam data.
Membuat ramalan
AI menganggarkan kemungkinan berdasarkan pola terdahulu.
Memproses bahasa
AI membaca, mengelas, menterjemah dan menghasilkan teks.
Menghasilkan kandungan
AI generatif menghasilkan teks, imej, audio, video dan kod.
AI sudah digunakan dalam banyak aktiviti harian
Kita mungkin menggunakan AI tanpa menyedarinya kerana teknologi ini telah menjadi sebahagian daripada banyak perkhidmatan digital.
Cadangan kandungan
Platform digital mencadangkan video, lagu atau produk berdasarkan pola penggunaan.
Navigasi perjalanan
Aplikasi peta menganggarkan masa perjalanan berdasarkan lokasi dan keadaan trafik.
Pengesanan penipuan
Sistem perbankan mengenal pasti transaksi luar biasa yang memerlukan semakan.
Pengecaman wajah
Telefon mengenal pasti ciri wajah untuk membuka peranti atau menyusun gambar.
Pembantu bahasa
AI membantu menterjemah, menyemak tulisan dan menjawab soalan.
Ramalan dan analisis
Sistem AI mengesan trend dan membantu pengguna memahami data yang kompleks.
Apa itu AI Generatif?
AI Generatif ialah jenis AI yang boleh menghasilkan kandungan baharu berdasarkan arahan dan maklumat yang diberikan oleh pengguna.
Daripada mengesan pola kepada menghasilkan kandungan
Sebahagian sistem AI digunakan untuk mengelas, mengesan atau meramal. AI generatif pula boleh menghasilkan sesuatu yang baharu seperti teks, visual, audio, video atau kod.
Kandungan tersebut bukan semestinya diambil bulat-bulat daripada satu sumber. Model AI membina respons berdasarkan pola bahasa, struktur dan maklumat yang dipelajari semasa latihan.
Oleh sebab AI menghasilkan respons berdasarkan pola jawapannya boleh kelihatan sangat yakin walaupun ada bahagian yang kurang tepat. Semakan manusia tetap diperlukan.
Bagaimana AI menghasilkan jawapan?
Secara mudah AI menerima input, membaca konteks, mengenal pasti pola dan membina respons yang kelihatan paling sesuai.
Menerima input
Pengguna memberikan soalan, arahan, imej atau fail.
Membaca konteks
AI mengenal pasti perkataan, idea dan tujuan yang mungkin dimaksudkan.
Mengenal pola
AI menggunakan pola yang dipelajari daripada data latihan.
Menghasilkan respons
AI menyusun jawapan berdasarkan input dan konteks semasa.
Semakan manusia
Pengguna menyemak fakta, kesesuaian dan kualiti hasil.
AI bukan enjin carian
Kedua-duanya membantu pengguna mendapatkan maklumat tetapi cara berfungsi dan bentuk hasilnya tidak sama.
Membantu mencari sumber yang tersedia
Menghasilkan respons berdasarkan arahan
AI boleh mempercepatkan banyak tugasan
Nilai AI bergantung kepada tugasan, maklumat yang diberikan dan kebolehan manusia menilai hasil.
Menerangkan
Menjelaskan konsep menggunakan bahasa dan tahap penerangan yang berbeza.
Meringkaskan
Memendekkan teks panjang kepada idea yang lebih mudah dibaca.
Menyusun
Menyusun maklumat mentah kepada struktur atau urutan yang jelas.
Menjana idea
Membantu menghasilkan pilihan, cadangan atau sudut pandang baharu.
Menghasilkan draf
Menyediakan draf awal untuk laporan, slaid, poster atau dokumen.
Membantu analisis
Membantu mengenal pasti pola atau perkara yang memerlukan semakan lanjut.
AI tidak mengetahui segala-galanya
Jawapan yang kemas dan meyakinkan tidak semestinya tepat. Pengguna tetap perlu menyemak hasil.
AI boleh membuat kesilapan
Fakta, nama, angka, tarikh dan rujukan perlu disemak.
AI tidak mengetahui konteks organisasi secara automatik
Proses, standard dan keutamaan organisasi perlu diterangkan.
AI tidak mempunyai pengalaman manusia
AI boleh meniru bahasa tetapi tidak menjalani pengalaman sebenar.
AI tidak sepatutnya membuat semua keputusan
Keputusan penting memerlukan bukti dan pertimbangan manusia.
AI bergantung kepada input pengguna
Input yang kabur atau tidak lengkap boleh menghasilkan respons umum.
Beberapa istilah yang perlu dikenal
Tidak perlu menghafal semuanya. Fahami maksud asas supaya lebih mudah mengikuti perbincangan tentang AI.
Artificial Intelligence
AITeknologi yang membolehkan komputer melakukan tugasan yang biasanya memerlukan kebolehan manusia.
Generative AI
AI GeneratifJenis AI yang boleh menghasilkan kandungan baharu seperti teks, imej, audio, video atau kod.
Large Language Model
LLMModel AI yang dilatih menggunakan sejumlah besar data bahasa.
Prompt
InputSoalan, arahan atau maklumat yang diberikan oleh pengguna kepada AI.
Model
AI ModelSistem yang dilatih untuk mengenal pasti pola dan menghasilkan respons.
Context
KonteksMaklumat latar yang membantu AI memahami keperluan pengguna.
Token
Unit BahasaBahagian kecil teks yang diproses oleh model bahasa.
Hallucination
Kesilapan AIKeadaan apabila AI menghasilkan maklumat tidak tepat tetapi kelihatan yakin.
AI Basics Map
Infografik boleh menunjukkan hubungan antara input, model AI, output dan semakan manusia.
AI Basics Recap
Gunakan bahagian ini sebagai rujukan pantas sebelum memulakan tugasan dengan AI.
Sambung pembelajaran anda
Selepas memahami asas AI pelajari cara berkomunikasi dengan AI, menggunakannya secara bertanggungjawab dan memilih alat yang sesuai.
Teruskan pembelajaran anda
Halaman Learn AI dibina sebagai rujukan asas yang praktikal. Untuk memahami konsep dengan lebih mendalam, contoh penggunaan sebenar dan teknik yang lebih menyeluruh anda boleh meneruskan bacaan melalui koleksi buku AI terbitan ILMU.