Prompt Basics

Prompt Academy · Learn AI

Kembali ke Learn AI
Rujukan Asas Prompt

Prompt bukan ayat ajaib.

Prompt ialah cara kita berkomunikasi dengan AI.

Soalan, arahan, penerangan, pembetulan, dokumen, imej dan perbualan semuanya boleh menjadi prompt. Prompt tidak perlu panjang atau menggunakan formula tertentu. Yang penting ialah AI memahami apa yang kita mahu.

Betulkan asas dahulu

Salah faham tentang maksud prompt

Ramai pengguna menyangka sesuatu ayat hanya dianggap sebagai prompt apabila ia panjang, tersusun atau menggunakan template tertentu. Sebenarnya pemahaman itu terlalu sempit.

Prompt telah disalahertikan sebagai satu ayat khas

Di media sosial perkataan prompt sering digunakan untuk merujuk kepada ayat panjang yang lengkap dengan peranan, format, nada dan pelbagai syarat.

Lama-kelamaan timbul tanggapan bahawa arahan biasa bukan prompt. Soalan ringkas juga dianggap bukan prompt kerana tidak mengikut formula tertentu.

Hakikatnya semua input ialah prompt. Yang berbeza hanyalah tahap kejelasan, perincian dan kesesuaiannya dengan tugasan.

01

“Prompt mesti panjang”

Yang sebenarnya: Prompt boleh sangat ringkas. Panjang bukan ukuran utama. Kejelasan lebih penting.

02

“Prompt mesti menggunakan template”

Yang sebenarnya: Template membantu menyusun maklumat tetapi bukan syarat untuk sesuatu input dianggap prompt.

03

“Soalan biasa bukan prompt”

Yang sebenarnya: Setiap soalan yang dimasukkan kepada AI ialah prompt kerana ia menjadi input kepada model.

04

“Tidak guna formula bermaksud tidak guna prompt”

Yang sebenarnya: Selagi ada input yang diberikan kepada AI prompt tetap wujud. Formula hanya membantu meningkatkan kejelasan.

Definisi asas

Jadi apakah sebenarnya prompt?

Prompt ialah input yang diberikan kepada sistem AI supaya AI tahu apa yang perlu diproses atau dilakukan. Input tidak terhad kepada arahan bertulis sahaja.

01

Prompt ialah input

Apa sahaja yang dimasukkan ke dalam AI untuk mendapatkan respons dianggap sebagai prompt. Ini termasuk teks, imej, fail, data dan konteks perbualan.

02

Prompt ialah komunikasi

Prompt menjadi medium yang menghubungkan kehendak manusia dengan keupayaan mesin. AI hanya boleh bertindak berdasarkan input yang diterimanya.

03

Prompt tidak semestinya sempurna

Prompt pertama boleh menjadi permulaan. Pengguna boleh menambah konteks, membetulkan kefahaman dan memperhalusi hasil melalui perbualan.

Semua bentuk input

Semua input ialah prompt

Prompt bukan hanya arahan formal. Setiap maklumat yang diberikan kepada AI mempengaruhi cara AI memahami tugasan dan membina respons.

01

Soalan

“Apakah perbezaan antara AI generatif dengan enjin carian?”

02

Arahan

“Ringkaskan laporan ini kepada lima perkara utama.”

03

Penerangan

“Audiens pembentangan ini ialah pihak pengurusan kanan.”

04

Pembetulan

“Nada ini terlalu santai. Gunakan Bahasa Melayu formal.”

05

Contoh

“Gunakan susunan seperti contoh laporan yang saya berikan.”

06

Fail atau imej

Dokumen, jadual, data, gambar dan fail yang dimuat naik juga menjadi prompt.

Prompt sebagai komunikasi

AI tidak boleh membaca fikiran kita

AI hanya mengetahui perkara yang kita berikan kepadanya. Jika tujuan atau maklumat penting tidak dinyatakan AI mungkin membuat andaian yang berbeza daripada apa yang kita maksudkan.

Bagaimana komunikasi dengan AI berlaku?

1. Manusia mempunyai tujuan atau tugasan.

2. Tujuan disampaikan melalui prompt.

3. AI menghasilkan respons berdasarkan input yang diterima.

4. Manusia menyemak kemudian menambah maklumat atau membetulkan arahan jika perlu.

Tiada satu bentuk wajib

Prompt ringkas dan prompt terperinci tetap prompt

Perbezaannya bukan pada kewujudan prompt. Perbezaannya ialah jumlah maklumat yang diberikan dan sejauh mana AI perlu membuat andaian.

Prompt ringkas

Sesuai apabila tugasan mudah

Terangkan maksud kecerdasan buatan.

Ini tetap prompt walaupun hanya satu ayat. AI akan menjawab berdasarkan pengetahuan umum kerana konteks yang diberikan masih terhad.

Prompt lebih terperinci

Sesuai apabila hasil mempunyai keperluan tertentu

Terangkan maksud kecerdasan buatan kepada guru sekolah rendah yang belum pernah menggunakan AI. Gunakan Bahasa Melayu yang mudah. Berikan: 1. Definisi ringkas 2. Satu analogi 3. Dua contoh penggunaan 4. Satu peringatan tentang batasan AI Hadkan jawapan kepada 300 patah perkataan.

Prompt ini memberikan lebih banyak konteks tentang audiens, bahasa, format dan batasan jawapan.

Sebelum menaip

Prompt yang baik bermula dengan pemahaman

Sebelum menulis prompt fahami dahulu tugasan dan hasil yang ingin dicapai. Apabila tujuan jelas lebih mudah untuk memberikan konteks yang membantu AI.

Konteks membantu AI mengurangkan andaian

Konteks ialah maklumat yang membantu AI memahami situasi seperti audiens, tujuan, latar belakang atau bentuk hasil yang diperlukan.

Tidak semua tugasan memerlukan konteks yang panjang. Berikan maklumat yang benar-benar relevan sahaja.

01

Apakah tugasan?

Nyatakan perkara yang perlu diterangkan, ditulis, dianalisis atau dihasilkan.

02

Siapakah audiens?

Hasil untuk murid sekolah berbeza daripada hasil untuk pihak pengurusan.

03

Apakah tujuan?

Jelaskan mengapa hasil itu diperlukan supaya AI memahami arah tugasan.

04

Apakah bentuk hasil?

Nyatakan jika hasil perlu berbentuk e-mel, laporan, jadual, poster atau slaid.

Teruskan perbualan

Jika jawapan belum tepat jangan berhenti pada prompt pertama

Tambah maklumat, betulkan kefahaman atau jelaskan semula kehendak anda. Setiap input baharu membantu membina konteks untuk respons seterusnya.

Bina konteks sedikit demi sedikit

Anda tidak perlu memasukkan semua maklumat dalam satu prompt yang panjang. Mulakan dengan apa yang diketahui kemudian tambah konteks apabila diperlukan.

01

Nyatakan tugasan awal

“Saya perlu menyediakan laporan aktiviti.”

02

Minta AI mengenal pasti konteks

Minta AI bertanya tentang objektif, tarikh, peserta, aktiviti dan hasil.

03

Jawab satu soalan pada satu masa

Setiap jawapan menjadi input baharu dalam perbualan.

04

Semak pemahaman AI

Minta AI merumuskan maklumat sebelum output akhir dihasilkan.

Teknik membantu kejelasan

Tujuh teknik prompting

Selepas memahami asas anda boleh menggunakan beberapa teknik untuk menyusun prompt dengan lebih jelas mengikut keperluan tugasan.

01

Zero-shot Prompting

Memberikan arahan terus tanpa menyediakan contoh.

02

One-shot Prompting

Memberikan satu contoh supaya AI melihat bentuk output yang dikehendaki.

03

Few-shot Prompting

Memberikan beberapa contoh supaya pola dapat dikenal pasti dengan lebih konsisten.

04

Role Prompting

Memberikan peranan atau perspektif tertentu kepada AI.

05

Purpose Prompting

Menjelaskan tujuan sebenar tugasan dan hasil yang hendak dicapai.

06

Chain-of-Thought Prompting

Membimbing AI mempertimbangkan faktor atau urutan yang relevan.

07

Prompt Chaining

Memecahkan tugasan kompleks kepada beberapa prompt yang saling berkaitan.

Teknik prompting bukan formula yang perlu digunakan serentak dalam setiap tugasan. Pilihan teknik bergantung pada tujuan, konteks dan bentuk output.
Cuba sendiri

Prompt permulaan untuk tugasan biasa

Gunakan contoh ini sebagai titik mula. Ubah suai maklumat mengikut tugasan anda dan teruskan perbualan jika respons pertama belum mencukupi.

Penerangan

Fahami sesuatu konsep

Terangkan [konsep] menggunakan bahasa yang mudah. Berikan: 1. Definisi ringkas 2. Satu contoh 3. Salah faham yang biasa berlaku 4. Ringkasan satu ayat Audiens ialah [nyatakan audiens].
Penulisan

Bina dokumen melalui perbualan

Saya perlu menyediakan [jenis dokumen]. Jangan terus menulis dokumen tersebut. Kenal pasti maklumat yang diperlukan kemudian tanya saya satu soalan pada satu masa. Jangan tambah fakta yang tidak saya berikan. Selepas maklumat mencukupi rumuskan pemahaman anda sebelum menghasilkan draf.
Semakan

Semak draf tanpa menukar maksud

Semak draf berikut. Fokus kepada: 1. Kejelasan 2. Susunan idea 3. Tatabahasa 4. Nada 5. Pengulangan Jangan tambah fakta baharu. Kekalkan maksud asal dan tandakan bahagian yang masih memerlukan pengesahan.
Visual

Bina brief sebelum menghasilkan visual

Saya ingin menghasilkan [poster / infografik / slaid]. Jangan terus menghasilkan visual. Tanya saya satu soalan pada satu masa tentang: 1. Tujuan 2. Audiens 3. Kandungan 4. Mesej utama 5. Saiz 6. Gaya visual 7. Warna 8. Standard kualiti Selepas maklumat lengkap rumuskan brief visual tersebut.
Ulang kaji dua minit

Ringkasan Asas Prompt

Gunakan bahagian ini sebagai rujukan pantas sebelum memulakan tugasan dengan AI.

Prompt ialah input yang diberikan kepada AI.
Soalan biasa dan arahan ringkas juga ialah prompt.
Prompt tidak perlu panjang atau menggunakan template.
Kejelasan lebih penting daripada panjang prompt.
AI tidak boleh membaca fikiran manusia.
Tujuan dan konteks membantu AI mengurangkan andaian.
Jika respons belum tepat tambah maklumat dan teruskan perbualan.
Output AI tetap perlu disemak oleh manusia.
Seterusnya

Sambung pembelajaran anda

Selepas memahami maksud prompt pelajari pula asas AI dan cara menyemak output dengan lebih bertanggungjawab.

Learn AI

Kembali ke ruang pembelajaran utama untuk melihat struktur asas pembelajaran AI.

Kembali ke Learn AI →
Bacaan lanjutan

Halaman ini membina kefahaman asas

Untuk penerangan lebih mendalam, contoh tambahan dan huraian lengkap tentang tujuh teknik prompting pembaca boleh merujuk buku Kuasai Prompt dan Bijak Kuasai Prompt terbitan ILMU.

Terokai Buku ILMU
Scroll to Top