Ingat Dah Mahir AI? Mungkin Baru 10%

Ingat Dah Mahir AI? Mungkin Baru 10% - Working with AI and Growing with AI
From Dr Sue’s Desk

Ingat Dah Mahir AI? Mungkin Baru 10%.

Ramai orang sudah bekerja dengan AI. Namun tidak ramai yang benar-benar belajar dan berkembang bersamanya.

✍️ Idea and Reflection by Dr Sue 📅 25 Julai 2026 ⏱️ 8 minit bacaan 💭 AI, pembelajaran dan pemikiran manusia

Saya rasa ada pembaca yang mungkin tidak bersetuju dengan tajuk artikel ini.

Tidak mengapa.

Teruskan membaca dahulu.

Mungkin selepas beberapa minit kita akan melihat AI dari sudut yang sedikit berbeza.

Pencetus reflection ini

Bukan tentang siapa akan digantikan

Baru-baru ini saya membaca satu laporan berita mengenai gesaan agar penjawat awam menerima pakai AI dan membangunkan kemahiran yang diperlukan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi.

Artikel rujukan
“Guna pakai AI atau berisiko ketinggalan, penjawat awam diberitahu”

Laporan tersebut memetik Ketua Setiausaha Kementerian Digital Datuk Fabian Bigar yang menekankan keperluan untuk menguasai teknologi dan bukan membiarkan teknologi menguasai manusia.

Baca laporan asal di Free Malaysia Today ↗

Pada pandangan pertama berita ini mungkin kelihatan seperti satu amaran. Gunakan AI atau kita akan ketinggalan.

Namun bagi saya isu yang lebih besar bukan sekadar sama ada seseorang sudah menggunakan AI atau belum.

Persoalannya ialah: Untuk apa AI itu digunakan?

Salah faham yang sering berlaku

Menggunakan AI belum tentu bermaksud kita sudah meneroka AI

Hari ini semakin ramai orang menggunakan AI. Mereka menggunakannya untuk menulis e-mel, menyediakan surat rasmi, membina slaid, meringkaskan dokumen, menghasilkan poster dan mempercepatkan kerja pentadbiran.

Itu perkembangan yang baik.

AI memang boleh membantu kita mengurangkan tugas berulang, mempercepatkan proses dan mengelakkan beberapa kesilapan manusia dalam kerja yang mempunyai format serta struktur yang hampir sama.

Tetapi di sinilah satu salah faham boleh berlaku.

Apabila seseorang sudah tahu memberikan arahan kepada AI dan memperoleh sesuatu output, dia mungkin merasakan bahawa dia sudah memahami potensi AI.

Sedangkan dia mungkin baru menggunakan satu bahagian yang paling mudah dilihat.

AI boleh membantu kita menyiapkan kerja. Namun potensi yang jauh lebih besar muncul apabila AI membantu kita mengembangkan cara kita berfikir.

Bahagian yang paling biasa kita lihat

AI buat kerja. Kita terima hasilnya.

Cuba lihat beberapa contoh prompt yang sangat biasa digunakan:

✉️

Menulis e-mel

“Tulis e-mel rasmi untuk memaklumkan bahawa mesyuarat esok ditunda ke minggu hadapan.”

📄

Menyediakan surat

“Sediakan surat jemputan rasmi kepada peserta untuk menghadiri satu bengkel selama dua hari.”

🗂️

Membina dokumentasi

“Susun semula maklumat ini mengikut format laporan program yang standard.”

🎨

Menghasilkan poster

“Hasilkan idea poster yang colourful, cheerful, fresh, elegant dan professional untuk mempromosikan program ini.”

📊

Membina slaid

“Tukar kandungan laporan ini kepada sepuluh slaid pembentangan yang ringkas dan menarik.”

📝

Meringkaskan dokumen

“Ringkaskan dokumen ini kepada lima isi utama untuk dibentangkan dalam mesyuarat.”

Semua contoh ini berguna. Malah dalam banyak keadaan AI dapat menjimatkan masa yang sangat besar.

Namun coraknya hampir sama:

Kita memberikan tugasan
AI menghasilkan sesuatu untuk kita

Kita meminta.

AI menghasilkan.

Kita menyalin, mengubah sedikit dan meneruskan kerja.

Saya menyebut cara penggunaan ini sebagai Working with AI.

A conceptual reflection Working with AI and Growing with AI

Working with AI

The first 10% of AI’s potential

  • Menyiapkan tugasan rutin
  • Menulis e-mel dan surat
  • Menyusun dokumentasi
  • Meringkaskan maklumat
  • Menghasilkan slaid dan poster
  • Meningkatkan kecekapan kerja

Growing with AI

The remaining 90% of AI’s potential

  • Membina ilmu dan pemahaman
  • Mencabar andaian sendiri
  • Menilai hujah secara kritis
  • Melihat isu dari pelbagai sudut
  • Membuat refleksi dan pertimbangan
  • Berkembang sebagai pemikir
Nota penting: Angka 10% dan 90% dalam reflection ini bukan statistik atau dapatan empirikal. Ia ialah gambaran konseptual untuk menunjukkan bahawa penggunaan AI bagi menyiapkan tugasan rutin hanyalah sebahagian kecil daripada potensi yang boleh diterokai.
Potensi yang lebih besar

Growing with AI memerlukan lebih daripada sebuah prompt

Growing with AI tidak berlaku hanya kerana kita menggunakan aplikasi AI setiap hari.

Ia berlaku apabila interaksi dengan AI menyebabkan kita belajar, membaca, menyoal, menilai dan berfikir dengan lebih baik.

Di sinilah AI tidak lagi berfungsi sekadar sebagai mesin yang menghasilkan jawapan.

AI mula menjadi thinking partner.

Namun untuk menggunakan AI sebagai rakan berfikir kita sendiri perlu membawa sesuatu ke dalam perbualan itu.

1
Ilmu asas Kita perlu mengetahui konteks supaya dapat mengenal pasti jawapan yang lemah, kabur atau tidak tepat.
2
Amalan membaca Membaca membekalkan idea, istilah, perspektif dan asas untuk kita berdialog dengan AI secara lebih bermakna.
3
Kemahiran bertanya Soalan yang baik lahir daripada rasa ingin tahu dan pemahaman terhadap perkara yang sedang diterokai.
4
Pemikiran kritis Kita tidak menerima semua jawapan secara automatik. Kita membandingkan, mencabar dan menilai.
5
Human judgement Manusia tetap menentukan perkara yang sesuai, bernilai, tepat dan bertanggungjawab.
6
Refleksi Kita melihat semula cara kita berfikir dan bersedia mengubah pemahaman apabila menemui sesuatu yang lebih baik.

Sebab itulah Growing with AI lebih sukar daripada sekadar mengetahui formula prompt.

Ia bukan hanya memerlukan kemahiran menggunakan teknologi.

Ia memerlukan kemahuan untuk terus berkembang sebagai manusia.

Bukan menolak produktiviti

Working with AI tetap penting

Saya tidak mengatakan bahawa menggunakan AI untuk surat, laporan, slaid, imej atau kerja rutin itu tidak penting.

Sudah tentu penting.

Malah kita patut menggunakan teknologi untuk mengurangkan kerja mekanikal yang tidak memerlukan tenaga pemikiran yang tinggi.

Masa yang dijimatkan sepatutnya memberi kita lebih banyak ruang untuk melakukan perkara yang manusia perlu lakukan dengan lebih baik:

membaca, belajar, membina hubungan, menilai keadaan, menghasilkan idea dan membuat keputusan.

Masalahnya hanya muncul apabila kita berhenti pada bahagian pertama.

Kita menggunakan AI untuk membuat lebih banyak kerja dalam masa yang lebih singkat tetapi tidak menggunakan masa yang dijimatkan itu untuk memperkaya pemikiran.

Kita menjadi lebih pantas.

Namun belum tentu menjadi lebih baik.

Kembali kepada laporan berita tadi

Belajar AI bukan sekadar belajar menggunakan aplikasi

Apabila kita menggesa seseorang supaya menerima pakai AI, kita tidak sepatutnya berhenti pada latihan tentang butang, tools dan prompt.

Adaptasi yang sebenar memerlukan perubahan pada cara manusia belajar dan bekerja.

Kita perlu belajar menggunakan AI untuk membantu tugas rutin.

Namun pada masa yang sama kita perlu membina keupayaan untuk menilai output AI, memahami konteks, mengesan kelemahan, melindungi maklumat, menjaga etika dan bertanggungjawab terhadap keputusan akhir.

Dengan kata lain kita bukan sekadar perlu tahu cara bekerja dengan AI.

Kita perlu belajar cara berkembang bersama AI.

Soalan untuk kita renungkan

Adakah AI hanya membantu kita menghasilkan lebih banyak kerja atau turut membantu kita menjadi pemikir yang lebih baik?

Cepat atau lambat, AI akan menjadi sebahagian daripada cara kita belajar, bekerja dan menjalani kehidupan.

Pada ketika itu, persoalannya bukan lagi siapa yang menggunakan AI.

Persoalannya ialah bagaimana AI mempengaruhi cara kita berfikir, belajar dan membuat pertimbangan.

Working with AI membantu kita menjadi lebih produktif.
Growing with AI membantu kita menjadi manusia yang terus berfikir.

Jadi, sebelum kita berbangga kerana sudah mahir menggunakan AI, mungkin ada satu soalan yang lebih penting untuk kita renungkan.

“Sepanjang saya menggunakan AI, adakah saya juga sedang menggunakan akal, ilmu dan kebijaksanaan yang dikurniakan kepada saya?”

About the Author

Ts. Dr. Suhailah Mohamed Noor is the Founder of Prompt Academy, an AI Trainer, author and Senior Lecturer in Civil Engineering. Her work focuses on responsible AI use, prompting, critical thinking, human judgement and knowledge-driven engagement with artificial intelligence in education, research and professional practice.

Through Prompt Academy, she advocates an approach in which AI supports human thinking rather than replaces it. She believes that knowledge, reflection and ethical responsibility must remain at the centre of every meaningful interaction with AI.

Knowledge Comes Before Prompting.

Dr Sue
Founder, Prompt Academy
Scroll to Top